Tuesday, 17 June 2014

Di Negeri Yusof Dan Musa

Sebelum ke tanah suci  Makkah  untuk menunaikan umrah kami singgah di Mesir negara yang ceritanya terangkai dalam Al-Quran,

Di sinilah Musa dibesarkan. Di sinilah Yusof kenal Zulaikha. Akhirnya Yusof  menjadi Menteri Kewangan.




Di sini ada laut. Laut itu tidak menenggelamkan Musa, Tapi yang tenggelam ialah Firaun. Firaun digantikan dengan Firaun yang baru. Firaun yang baru bernama As  Sisi. Dia meneruskan kerja-kerja Firaun yang dahulu.

Warisan tetap dipelihara, Tetapi kebersihannya tidak dijaga. Saksikanlah sendiri.

Pasarnya  yang sesak                          










Pasarnya yang kotor. Sampah dibiarkan bertaburan merata-rata, Di zaman Presiden Mursi berkuasa kerja pembersihan dilakukan setiap hari.

Tapi bila As Sisi berkuasa dibiarkan sahaja. Ramai yang tidak mempunyai pekerjaan. Malah  yang lebih parah lagi rosak akidah.





Masjid Saidah Nafisah di Qahirah yang muram  











Di sekitar masjid, Perkarangan yang tidak terurus.










Inilah Masjid Imam Shafie di Qahirah.        
















Seorang ibu di pinggir jalan. Sampah bertaburan. Tiada yang ambil peduli. Rakyat hidup susah. Mereka tidak ada masa untuk memikirkan tentang kebersihan.

Mereka fikirkan hari ini mahu makan  apa.
Pemimpin diktator fikir hari ini dan esok mahu makan siapa! Siapa yang mahu dipenjarakan!
Siapa yang perlu disembelih!


"Patung' ini masih menjadi pujaan. Bila sesebuah negara dipimpin oleh orang yang fasik dan rosak akidah beginilah jadinya!









Oleh TS Kembara.


Saturday, 25 January 2014

Yang Tinggal,Hanya Yang Tinggal.

Beliau tidak pulang dengan tangan kosong. Segala amal baktinya dibawa bersama mengadap Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Pemergiannya suatu kehilangan bagi Maahad Mesbah E-Ulum dan umat Islam di Hujung Selatan.

Baba Hj Abdul Wahab Shehabudin ditembak mati oleh 'hantu' penjajah yang tidak senang dengan kebangkitan Islam.

Rasa-rasanya baru kelmarin dia meninggalkan kita semua. Beliau meninggalkan buat selama-lama pada tanggal 1 April 2011 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1432. Sudah 3 tahun lebih.

Barang peninggalannya masih dijaga dengan baik.Keretanya disimpan sebagai kenangan. Masih ada lagi kesan tembak peluru M-16 terpahat di keretanya.



Beberapa butir peluru telah menembusi bahagian hadapan kereta.
Beberapa butir peluru telah menembusi kulit Baba.
Menurut cerita tidak ada darah yang mengalir dari tubuh Baba.
Cuma sekadar semacam luka biasa ditubuh Baba.


Bila tiba waktuku,
Beginilah jadinya

Tak perlu sedu sedan
Aku ini hamba Allah
Dari gumpalan darah
Merah.

Peluru telah menembusi tubuhku,
Ku hanya mengabdi
Hanya pada Mu
Dan pada Mu jua.


Oleh Shakir Taha