Monday, 23 September 2013

Tuan Guru Baba Hj Abdul Abdul Wahab Tetap DiKenangan Zaman Berzaman

Pemergian Tuan Guru Baba Hj Abdul Wahab Shehabudin pada tanggal  1 April 2011 bersamaan 27 Rabiul Akhir 1432 tetap dikenang oleh semua anak didiknya. Baba Hj Abdul Wahab mati ditembak.

Beliau ditembak oleh orang yang tidak dikenali selepas pulang dari menunaikan solat Jumaat. Pemergian beliau ditangisi. Jasa beliau sebagai pengetua Maahad Mesbah E -Ulum tetap dikenang.

Di sekolah ini beliau mendidik dan memimpin anak miskin dan anak yatim yang dahagakan ilmu pengetahuan agama.

Kematian yang dijanjikan pada jam 14.15 petang di Hospital Ranget Tanjung Mas,wilayah MENARA.Mayatnya disembahyangi pada jam 9.00 malam dan dihadiri lebih daripada 2 000 hadirin di Masjid Mesbah,








Harimau mati meninggalkan belang. Baba Hj Abdul Wahab pulang dengan jasa bakti yang cemerlang. Semoga ruhnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

Tuesday, 17 September 2013

Aktiviti Pelajar Maahad Mesbah El-Ulum

Memasak bubur asyura.
Mengambil masa yang panjang.
Bahan dipilih.
Bahan dimasak.
Bahan dikacau
Tekun sabar  menunggu masak.

Mereka mula memasak dari jam 1.00 pagi sehinggalah  11.00 pagi. Ada pelajar yang tidak tidur! Mereka melakukan kerja ini secara bergotong-royong. Sebanyak 8 bawah bubur asyura dimasak. Pelajar perempuan memasak tia 5 kawah dan lelakinya 3 kawah.


Pelajar perempuan bergotong-royong memasak bubur asyura. Mereka memasak lima kawah.



Maahad Mesbah El-Ulum Terkini


Monday, 16 September 2013

Ustaz Abdul Wahab Bertemu Dengan Pengarang Patani

Gambar disebelah kanan sekali Ustaz Abdul Wahab.

Tengah: Ustaz Abdul Rahman Dewani.













Dalam usaha mempertingkat perkembangan bahasa Melayu di Patani Darussalam, Ustaz Abdul Wahab banyak berbicangan dengan Melayu di Patani. Ustaz Abdul Rahman Dewani seorang yang aktif menulis. Tulisannya menggunakan huruf Jawi. Kebanyakan orang Melayu Patani boleh membaca tulisan jawi berbanding dengan tulisan rumi. Jadi sebab itulah tulisan jawi digunakan. Antara buku yang dihasilkan ialah:-



SEMALAM DI MAAHAD MESBAH EL-ULUM,MENARA












Sunday, 15 September 2013

Makan Malam Di Janggut Bersama Mudir

Malam masih muda. Lalu lalang ke Patani Menara masih ramai. Selepas solat di Ijok kami singgah makan malam bersama mudir Mesbah El-Ulum Ustaz Ramli yang cukup mahir berbahasa Arab.

Kedai itu terletak di tepi jalan menghala ke Ranget. Bangunannya dibuat daripada kayu. Lampu eletriknya agak suram.

Pelanggan sudah ramai yang menduduki tempat makan. Masih ada tempat kosong untuk kami. Ustaz Ramli sudah menunggu kami di makan ini. Tempat ini namanya Janggut.

Makanannya sungguh sedap dan enak sekali. Harganya cukup berpatutan. Makanan yang dipesan 'disapu' habis licin'. Selepas makan kami bertolak ke Madrasah Mesbah El-Ulum,Ranget, Menara bersama malam yang pekat.

Tiada sisa makanan yang tinggal. Semua habis licin.Hidangan yang cukup lazat dan berzat. Makan malam di Janggut. Kedai dipinggir jalan.




























Saturday, 14 September 2013

Ustaz Abdul Wahab Setiausaha Mudir Madrasah Mesbah El-Ulum,Ranget,Menara

Ustaz Abdul Wahab yang mendapat pendidikan di Magribi telah diamanahkan untuk memegang jawatan Setiausaha Mudir Madrasah Mesbah El-Ulum Ranget, wilayah Menara.

Beliau boleh berbahasa Melayu, Arab dan Perancis dengan baik. Orangnya berkulit sawo matang dan sudah berumahtangga. Ketinggian tubuhnya agak sederhana. Kira-kira dalam 170 cm.


Rumahnya tidak daripada kawasan sekolah. Rumah kayu sederhana besar dan cukup selesa. Malam itu kami sempat berkunjung ke rumahnya sambil melihat khazanah yang cukup berharga Al-Quran dan kamus.


Dia bersusah payah menyediakan kami makanan ringan dan minuman panas. Kami sudah kekenyangan. Tapi minum untuk menghiburkan  selera.

Kami pulang ke Patani dalam keadaan gelap pekat. Lampu di tepi jalan juga tidur.
















Friday, 13 September 2013

BERSAMA MUDIR SEKOLAH INI

Malam masih muda. Selepas solat di Ijok dan makan malam kami dipelawa oleh mudir sekolahnya.

Aku menaiki kendaraan yang dipandunya sendiri. Malam itu dia berkopiah dan berjubah warna kelabu.Ustaz Ramli lepasan dari universiti di Timur Tengah dan mempunyai sarjana dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Orangnya tinggi dan kurus. Lembut tutur katanya. Dia cukup pemurah dengan senyuman

Kawasan sekolah dipagari pokok getah dan lain-lain pohon yang tidak jemu-jemu bertasbih.

Malam di sini sunyi sepi.Rombongan kami baru sahaja melabohkan punggung hidangan sudah tiba.


                                                                                Durian dan buah dukong penuh di atas meja. Kami makan durian yang penuh lemak. Isi berwarna keemasan. Dukong pula cukup manis. Buahnya baru dipetik dari kebun.

Buah durian masih berbaki dan tidur melentuk di atas piring.